Pages

Thursday, 15 September 2011

DoA UtK Si Dia...


Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Ya Allah,
Aku menadah tangan meminta bantuan dariMu,
Engkau bantulah aku,
Engkau kuatkanlah aku dalam menghadapi dugaan ini,
Engkau sinarilah hati aku dengan cahaya imanMu.

Ya Allah,
Aku bermohon padaMu janganlah Kau sakati dia,
Jauhkanlah dia dari sebarang dosa dan buruk perangai,
Engkau kuatkanlah jiwa dia dalam cabaran dunia ini,
Aku bermohon padaMu Ya Allah,
Engkau kurniakanlah kesihatan kepada dia
Engkau kurniakanlah kesihatan kepada ibu bapanya serta keluarganya
sesungguhnya mereka amat penting dalam hidupku...

ya allah ya rahman ya rahim
jangan biarkan dia dilukai oleh sesiapa
janganlah engkau biarkan dia dipergunakan
sesungguhnya dia amat penting dalam hidup ini

Ya Allah Ya Rabbi
aku bermohon padaMu,
jika dia sakit, kurangkanlah kesakitan itu
jika dia bersedih, engkau kurangkanlah kesedihan itu
aku redha, aku sanggup mengambil semua kesakitan yang dialami oleh dia
engkau pindahkanlah semua kesakitan yang dialami oleh dia
aku sanggup melakukan apa sahaja asalkan dia gembira.
sesungguhnya dia telah banyak mengembirakan saya.

Ya Allah, semoga Engkau mendengarkan dan mengabulkan permohonanku.
min...amin...Ya rabbal 'aalamin.

Photobucket

No comments:

Post a Comment